Plezz Leave Your Link..I'll follow u back ^_^

Sunday, March 13, 2011

I LOVE COOKING (resipi)

Ok, sayer xpndai msak sgt...xmcm chef. but, sy blh ler masak jgk n blh kongsi resipi masakan utk anda sume......hehehe....sy pn blajar drpd my mum, akak2 n ad jgk ler blajar drpd org2 len....kdg2 sy blajar dr buku2 resipi. I <3 COOKING.....klu xsdap jgn mrh erk....kihkihkih..............kt cni sy sertakan resipi2 yg blh korg try.....xtry, xth kn...so,u should try (:

RESIPI LAKSA KEDAH


nie bahan2 yg anda perlukan :-

  • 1 kilo Ikan Kembung (agak-agak dlm 10 ekor saiz sederhana kecil)
  • 6 keping Asam Gelugor (kalau suka masam letak lebih sikit)
  • 1 Pkt Mee Laksa Kering (Direndam)
  • 3 Btg Bunga Kantan (dibelah 4)
  • 1 Ikat Daun Kesom (agak-agak jelah..kalau lebih pun sedap)
  • Garam dan Serbuk Perisa secukup rasa
  • Bahan kisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 15 tangkai cili kering (direndam seketika)
  • 6 biji cili padi (yang merah-merah sikit)
  • 4cm Belacan (kalau dapat belacan Kuala Kedah @ Kuala Perlis lg sedap)
  • Bahan Ulam:
  • 3 Biji Timun (dihiris nipis memanjang)
  • 3 Biji Bawang Besar (Dihiris Nipis)
  • 1 ikat Daun Selom@Ulam Raja (Dihiris Nipis)(kalau takde 2-2 ni, daun salad pun boleh..)
  • 5 Biji Telur (direbus)(dibelah 2)
  • 3 Biji Limau Nipis@Kasturi (dibelah 2)
  • 5 Biji Cili Padi@Cili Merah (dipotong kecil)
  • Cara2 nak wat nyer :-

  1. Rebus@kukus mee laksa yang direndam tadi. Toskan dan diketepikan.
  2. Ikan dibersihkan dan direbus bersama 3 keping asam gelugor sehingga ikan masak
  3. Kemudian asingkan isi dan tulang. Tapis air rebusan ikan tadi dan dicampur bersama isi ikan dan dikisar.
  4. Sediakan periuk besar dan masukkan bahan kisar bersama isi ikan tadi. Rebus sehingga mendidih.Tambahkan air (kalau terlalu pekat)
  5. Masukkan bunga kantan dan daun kesom biarkan merebus sehingga naik aromanya..
  6. Masukkan garam & serbuk perisa secukup rasa.
  7. Apabila semuanya sebati, bolehlah dihidangkan.
  8. Cara menghidang: (utk seorang mkn) Masukkan sedikit Mee Laksa ke dalam 1 mangkuk dan taburkan bahan-bahan ulam Selepas itu tuangkan kuah diatasnya. Perahkan asam limau dan sedia dimakan…yum..yum..

KERANG MASAK HITAM (simple, easy but nice)

Bahan2 nyer :-
  • Serai (ketuk2 kn yer)
  • kerang (of course ler kn kna ad hehehe)
  • cili kering
  • buah keras (1 biji)
  • bwg besar dan bawang putih (blend tau)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu sos cili
  • garam 
  • daun limau purut (1 helai)
Cara2nyer :-
  • Tumis serai smpai naik bau
  • masukkan kerang
  • masukkan kicap pekat, sos tiram, cili kering, sos cili, daun limau purut)
  • then, masukkan garam (secukup rasa)
  • Siap, n blh hidang

JUS POLIGAMI (hehehe....jus pn nm dh kecoh)

Bahan2 nyer :-
  • Tembikai
  • Nenas
  • Pisang 
  • Yougurt Strawberi
Cara2nyer :-
  • Korg blend pisang (sparuh jer)
  • Masukkan nenas
  • Tembikai (boh byk sket)
  • Yougurt strawberi (sket jer k)
  • Masukkan air
  • Larutan garam (solink)
  • Then, kisar jer sume nie....siap hehehehe

KUIH BUNGA PUDAK (Kuih tradisional org kedah)



Bahan2nyer :-
  1. Nie utk wat inti
  • kelapa parut
  • gula (semagkuk cz kuih nie jenis manis)
  • pewarna
Cara2nyer :-
  • Masukkan bahan diatas di dlm kuali
  • Kacau hingga kering
  • then, angkat masukkan dlm bekas

  1. Nie plak utk wat kulit kuih bunga pudak
Bahan2nyer :-
  • Tepung pulut
  • Air
  • Garam
Cara2nyer :-
  • Masukkan tepung pulut, air garam (sket jer,jgn masin sgt) & kacau

  1. Nie plak baru proses nak wat kuih bunga pudak tadi
  • Ambik tepung yg korg kacau td n masukkan dlm ayak
  • Ayak tepung atas kuali n masukkan inti (jgn biar tepung terlalu garing)
  • Kemudian, lipatkn kulit tepung tersebut skali ngan inti. Finish

MASAK LEMAK KETAM

Bahan2nyer :-
  • Santan
  • Serai (ketuk2 jer)
  • Bawang besar (belah kpd 4 bahagian)
  • Kunyit (sket jer)
  • Ketam
  • Garam 
  • Cili kering @ cili padi (klu nak pedas)
Cara2nyer :-
  • Masukkan santan. Kemudian masukkan ketam, serai, kunyit (sket jer cz nk bg nmpak kuning)
  • Tunggu smpai mendidih, n then masukkan garam (secukup rasa)
  • Masukkan bawang besar, klu nk pedas masukkan cili kering @ cili padi
  • Siap hehehehe..............
p/s : byk lg nk bagi resipi kt korg........

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Terbaik Dari Ladang Hijau

Kalau ang rasa berani, cantik @ hensem..komen rr

Hubungan Blog 1 Dunia....Thank You so much :))

free counters