Plezz Leave Your Link..I'll follow u back ^_^

Friday, April 6, 2012

Kahwin @ Belajar

Assalammualaikum.....TING, TONG, TING TONG...


Hati berdebar disaat menulis entry nie hehe...mana tidaknyer, tajuk pun dah meremang bulu roma, dah macam duri landak..pe ke benda la tajuk entry aku kali nie..(*muda lagi kot, rilekss lu) hahaha...Ehh, yer ke ak tulis entry nie. YEZZZA, aku tulis entry nie coz aku rasa ini satu benda yg bermanfaat yg dapat aku share dengan anda diluar sana..


Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.
Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.
Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.
Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."
KAHWIN @ BELAJAR????hurmmm, interesting. Yang mana satu erk :)) 
Untuk pengetahuan semua, baru2 nie UNITEN ada menganjurkan 1 program yg dipanggil "SEMBANG SISWA (SEMSIS)"...Tajuk pada malam tue, "KAHWIN SEMASA BELAJAR, SATU BEBANAN ATAU TIDAK"...sambutan???? Wahhh memang tidak disangka, ramai yg datang pada malam tue...Hampir 2 ratus lebih orang yg datang pada malam tue hehehhe...(*aku salah sorg ajk semsis pada malam tue hahahaha)...banyak manfaat & pandangan yg aku rasa sangat2 berguna, untuk dikongsi bersama..Aku tabik spring la kat salah seorang g ahli panel pada malam tue, iaitu DR HANIM...beliau kahwin pada umur 21 years old..and at the same time she is a student, study kat US.


Beliau berkata, cerita cinta mereka seperti dalam filem "ayat ayat cinta"...(*fullllllaaakkkkkkkkkkk)....hehe.

Hah, kebetulan......selepas program semsis tamat. Pada malam keeseokkan nyer "SEMANIS KURMA" kat tv9 ada juga membincangkan tajuk yg sama huhu..(*mood : rasa bangga dan terharu)...tajuk pada malam tue "KAHWIN @ BELAJAR" (episod 14)..sama jer kan tajuk nyer...:))) Actly, aku dah pergi kursus kahwin hehehe..saja isi masa yg ada semsa cuti semester yg lepas huhuhu....semua datang ngan pasangan and mostly ramai yg pergi coz depa nak kahwin haha...Arghhhhhhhhh hehehe....aku jer saja gatai nak pi ambik kursus tue..(*tapi pe salahnyer kan huhu)




Yup, sangat2 menarik...aku syorkan korg patut arrrr tahu...tak semestinyer untuk yg nak @ ada planning kahwin semasa belajar jer dengar kan...orang yg x kahwin pun leh dengar jugak kan..macam aku :))) (*teringat FARAH LEE & ALLY ISKANDAR hehehe)...antara benua, jauh
tueeeeeeeeeee)...Aku pun rasa aura nak kahwin hahaha....boleh tak??? hehehe


For readers, apa tunggu lagi hahahaha...ok la sume....muahhh ..
Renung2kan & selamat beramal...


Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.
Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.
Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.
Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."


KAHWIN @ BELAJAR???? Kedua-dua nyer  ibadah :))



No comments:

Post a Comment

Terbaik Dari Ladang Hijau

Kalau ang rasa berani, cantik @ hensem..komen rr

Hubungan Blog 1 Dunia....Thank You so much :))

free counters