Plezz Leave Your Link..I'll follow u back ^_^

Friday, June 24, 2011

Pergi tak kembali

15 Jun 2011 (5.00 am)



  • perginyer sorg insan yg ku pgl "ABANG".......hmmm,tkdir tlh menentukan sgalanyer, sesiapa pn x blh menghalang ketentuan ILLAHI....

    • On Wednesday, at 5.00 am.....my sis col me. huh, knp ler ye col pg2 mcm ni...org ngah tdo kn..!!!ak x pk pe2 pn yg -ve ms 2.....ak dgr my sis nangis...WHY??????....ht ak pn mula rs xsdp. YA ALLAH, pe dugaan yg akn aku hadapi......

  • aku tny my sis, knp nie....!!!!ye pn trs trg n gtau aku abg aku dh meninggal pkul3.30 pg td...my mum from kg col n gtau...YA ALLAH, jtuh air mata ku bl mndengar berita nie....aku di uji skali lg...knp aku?????ms 2 aku hny mampu beristighfar dan berdoa moga ALLAH S.W.T berikan aku kekuatan dan ketabahan ht dlm menempuh sume dgaan. ALLAH tidak akn menguji hambaNya dgn dgaan yg xmampu hambaNya hadapi. Aku n my sis OTW blk kg..hrp2 sempat ler kami melihat wjahnyer wat kali terakhir & slamanya....

    • perjalanan ku pulg ke kg, begitu sayu d hati....slalunyer org blk kg ht trasa gembira kn, mn x nyer bl smpai kt kg ad org sambut kita pulg. tapi nie, kita pulg utk melihat sekujur bdn yg kaku.......fikiranku kosong....!!!!hatiku sedih....jiwaku perit....!!!!

  • Sampai kt kg kul3.30 pm......arghh, aku x sempat...!!!!!mayb nie takdir aku xdpt jmp abg aku wat kali terakhir....Aku doakan moga arwah di cucuri rahmat & di tem[atkan di kalangan org2 yg beriman. wlaupn kita berpisah di 2 alam yg berbeza. aku x akan pernah berhenti utk mengirimkan doa. ........AL-FATIHAH..to all my frenz, thank 4 ur support....


Tuesday, June 21, 2011

Top 10 manusia paling genius di dunia

ASSALAMMUALAIKUM

hah entry kita pd dis week top 10 manusia paling genius di dunia...WAAAHHH....!!!!
>>>>GENIUS<<<<

1. Kim Ung-Yong, Miliki Rekod Dunia IQ 210!

Kim Ung-Yong dilahirkan pada 8 Mac 1962 di Korea. Beliau tersenarai di dalam Guinness Book of World Records bawah kategori "IQ Tertinggi" dengan catatan 210!

Tidak lama selepas kelahirannya, Kim mula menunjukkan kemahiran intelek yang luar biasa. Mula bercakap pada usia 4 bulan, boleh berkomunikasi dengan lancar pada usia 6 bulan, dan berkebolehan untuk memahami bahasa Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris pada usia 2 tahun!

Pada usia 4 tahun, beliau berjaya menyelesaikan soalan kalkulus dalam sebuah rancangan televisyen Jepun.

Beliau merupakan pelajar undangan dalam bidang Fizik oleh Hanyang University, dengan mengaudit bidang tersebut pada usia 4 hingga 7 tahun! Menariknya, pada usia 8 tahun, dia telah diundang untuk ke Amerika Syarikat oleh NASA sehingga tahun 1978.

Beliau telah beralih kepada kejuruteraan awam dan memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang berkenaan. Beliau telah menerbitkan 90 risalah mengenai hidraulik dalam jurnal saintifik.

Pada tahun 2007, dia menjadi pensyarah jemputan di Chungbuk National University.


2. Gregory Smith, Penerima Hadiah Nobel Pada Usia 12 Tahun

Gregory Smith dilahirkan pada 9 Jun 1989, anak muda ini menamatkan pengajiannya di Orange Park High school, Florida dengan rekod yang mengagumkan. Kesemua peperiksaan yang diambil memerlukannya separuh daripada kebiasaan masa yang diambil untuk menyiapkan peperiksaan tersebut.

Pada usia 11 tahun, beliau dilantik sebagai Youth spokesperson untuk World Centers of Compassion for Children.

Beliau menerima Hadiah Nobel Keamanan 2002, 2003 dan 2004!

Beliau juga menjadi pengasas kepada International Youth Advocates (IYA) yang mempromosikan keamanan di kalangan remaja di seluruh dunia. 

3. Akrit Jaswal, Melakukan Pembedahan Pertama Ketika Berusia 7 Tahun!

Akrit Jaswal dilahirkan pada 23 April 1993, merupakan seorang mahasiswa di Punjab University, Chandigarh, India serta doktor India termuda dalam sejarah. Sekarang beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Aplikasi Kimia.

Beliau mengejutkan dunia, apabila Akrit Jaswal berjaya melakukan pembedahan terhadap seorang budak perempuan yang mengalami kebakaran yang teruk sehinggakan jari-jemarinya bercantum dan memerlukan pembedahan segera. 

Dengan IQ sebanyak 146, tidak hairanlah beliau boleh dikategorikan antara manusia paling genius di dunia!

4. Cleopatra Satran,  Penyanyi Termuda Paling Popular

Cleopatara Stratan dilahirkan pada 6 Oktober 2002 di Chisinau, Moldova. Beliau menjadi penyanyi termuda yang mencipta nama di pentas nyanyian dengan album nya La vârsta de trei ani ("At the age of 3") pada tahun 2006.

Dia memegang rekod selaku penyanyi termuda yang bernyanyi secara LIVE selama 2 jam di hadapan ramai peminatnya, penyanyi muda dengan gaji termahal, penyanyi termuda yang menerima MTV Award dan penyanyi termuda yang mendapat carta #1 di negaranya ("Ghiţă" in Romanian Singles Chart).

5. Aelita Andre, Bakat Muda Penggoncang Dunia Seni

Seorang jurugambar menunjukkan koleksi lukisan Aelita Andre kepada Mark Jameison, Pengarah Brunswick street gallery di Melbourne untuk dipamerkan.

Setelah melihat kegeniusan yang hadir daripada lukisan tersebut, Mark terus bersetuju (tanpa mengenali siapa Aelita Andre ketika itu). Dia kemudiannya mencetak kad jemputan dan menayangkan iklan secara besar2an di berbagai media di Australia.

Ketika pameran sedang berlangsung, Mark baru mengetahui Aelita baru berusia 1 tahun 10 bulan! Aelita begitu popular apabila karya2nya menjadi perbualan hangat di kalangan penggiat seni dan menjadi topik utama media seperti BBC World News, Telegraph, Art Collector, Art Almanac serta penerbitan luar negara (Jerman, Rusia, sepanyol, China, Asia, Jepun, AS, dll.)

6. Saul Aaron Kripke, Ahli Falsafah Amerika

Saul Aaron Kripke dilahirkan pada 13 November 1940 merupakan seorang ahli falsafah Amerika dan seorang pemikir logik. Dia juga merupakan seorang profesor emeritus di Princeton dan mengajar subjek "Distinguished Professor of Philosophy" di CUNY Graduate Center.

Sejak tahun 1960an, Kripke telah dijadikan bahan rujukan dalam beberapa bidang berkaitan logik matematik, falsafah bahasa, matematik, metafizik, epstemology dan set teori.

Beliau adalah penerima anugerah Schock Prize in Logic and Pholosophy pada tahun 2001. Menurut satu undian yang dibuat dikalangan ahli falsafah, Kripke dikategorikan sebagai salah seorang daripada 10 orang ahli falsafah terpenting sejak 200 tahun yang lalu.

7. Michael Kevin Kearney, Yang Pertama Memenangi 1 Juta Dalam "Who Wants To Be A Millionaire"

Michael Kevin Kearney dilahirkan pada 18 Januari 1984 di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat. Beliau sangat genius apabila dikatakan banyak mencipta rekod dunia selain mengajar di kolej pada usia seawal 17 tahun!

Semasa beliau berusia 4 tahun, John Hopkins telah memberikannya soalan berbentuk pilihan jawapan untuk salah satu program matematiknya. Menariknya, tanpa mengulangkaji subjek tersebut, Michael telah memperolehi markah penuh dalam ujian tersebut.

Dia menjadi jutawan setelah menyertai rancangan realiti tv, Who wants To Be A Millionaire, dan menjadikannya peserta pertama yang memenangi rancangan yang begitu popular itu.

8. Fabiano Luigi Caruana, Pemain Catur Termuda Menerima Anugerah Grand Master

Fabiano Luigi Caruana dilahirkan pada tahun 1992, merupakan pemain catur termuda di Itali dan Amerika Syarikat yang mendapat gelaran Grandmaster pada 15 Julai 2007. Pada ketika itu, beliau baru berusia 14 tahun, 11 bulan dan 20 hari.

Pada November 2010, dalam senarai FIDE (Fédération Internationale des Échecs atau World Chess Federation), beliau telah mendapat Elo-rating (sistem untuk mengira tahap kemahiran pemain dalam two-players game seperti catur) sebanyak 2709, menjadikannya pemain catur ranking ke-31 dunia.

9. Willie Mosconi, Mr. Pocket Billiards

William Joseph Mosconi (June 27, 1931 - September 12,1993) yang lebih popular dengan nama Willie Mosconi, merupakan seorang pemain pool professional berbangsa Amerika yang berasal dari Philadelphia, Pennsylvania.

Antara tahun 1941 sehingga 1957, dia telah memenangi World Pool Straight Championship sebanyak 15 kali berturut-turut! Dalam abad 20an ini, beliau sangat sinonim dengan permainan pool di Amerika Utara sehinggakan beliau digelar "Mr. Pocket Billiards". Dan beliau merupakan antara orang pertama yang menerajui Billiard Congress of America Hall of Fame.

Sehingga kini, Mosconi masih lagi dikenali memegang rekod dunia dalam straight pool sebanyak 526 biji bola!

10. Elaina Smith, Penyampai Radio Termuda Di Dunia

Elaina Smith, merupakan seorang anak perempuan yang berusia 7 tahun dan berjaya sebagai penyiar termuda dunia.

Ceritanya menjadi popular bermula apabila beliau menelefon sebuah stesen radio inggeris dan menasihati seorang dewasa yang menghadapi masalah dengan pasangan kekasihnya. Sejak dari itu, stesen radio tersebut mula dibanjiri dengan pemanggil apabila mereka sentiasa menanyakan Elaina! Oleh kerana itu, stesen radio tersebut menyediakan satu siaran khas untuk Elaina membantu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang dewasa!

Nak tau apa jawapan yang diberikan kepada orang dewasa bermasalah tersebut?

"Dia tidak berharga untuk dirimu lagi. Hidup kamu terlalu pendek untuk bersedih hanya kerana seorang lelaki. Dan kamu perlu tahu, pasangan barunya akan selalu berfikir kalau dia tidak setia dengannya maka dia juga tidak akan setia dengan wanita lain"






Bukan hatiku

CINTA TAK SEHARUSNYA MEMILIKI




Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan


Aku menyayangi mu
Dengan tulus dan jujur
Tapi ku rasa kau tidak

Kita makin terpisah
Walau dibilang sayang
Kerna ku rasa kau tidak

Cukup jangan tambah lagi
Luka ku didalam hati
Biarkan aku sendiri.. kasih..

Cukup jangan dusta lagi
Kau dah tidak mencintai
Biarkan aku menjadi ..penanggung sepi..

Kita makin terpisah
Walau dibilang sayang
Kerna ku rasa kau tidak

Cukup jangan tambah lagi
Luka ku didalam hati
Biarkan aku sendiri.. kasih..

Cukup jangan dusta lagi
Kau dah tidak mencintai
Biarkan aku menjadi ..penanggung sepi..


Saturday, June 18, 2011

Be Alert


PONN..PONN...hehe


Arghh....prjalanan yg membosankan n truk.nsib bek bln trg & menyuluh cahayamyer ke mka bumi...sjuk ht..!!!!mn xnyer bus air cond rosak plak..mmg geram bangat sih..sian kt baby dlm bus tuh..hurmmm pe cer nie, adoii....kpd company yg sdiakan public transport "hello, xcuse me..make sure everything is ok before org len guna public transport nie...org guna utk menyenangkan k'adaan bkn utk sshkn lg k'adaan. jgn wat dont know jer..ktaorg byar beb bkn FOC. klu org awam xnek, korg bankrup. so, knalah hrgai pengguna. Fuhh, d hrapkan xde lg mcm nie...watcha....bye2


Tuesday, June 14, 2011

mr_mrs right

to: yg sedang mencari
from: yg ingin menerima
mood: ske, ske, ske


....Anyeonhaseyo....

Kita slalu ingin mencari kesempurnaan @ perfect..nak2 klu dlm mencari pasangan...kpd si gadis, ingin mencari mr.right @ prince charming nk jadi mcm cinderella.knon2nyer mr.right lah yg pling perfect and understanding...huhuhu. huh, kpd si lelaki plak ingin mencari mrs.right yg perfect dlm segala-galanyer.....tp kita terlepas pk bhawa nobody perfect in the world..!!!!!kn????....Owh, wanita yg cantik xemestinyer xde k'kurangan...lelaki yg hensem pn begitu (pk sejenak). Owh, yer kpd d luar sana jgn terlalu mncari kesempurnaan coz stiap mnusia punyer klemahan, k'kurangan and k'lebihan. Conclusionnyer, k'kurangan pd diri kta psangan kita tlg topup kn & k'kurangan pd diri psangan kita, kita topupkan..so, barulah perfect & match kn. saling m'merlukan, menguatkan sesuatu ikatan & saling melengkapi. mcm set pelengkap dlm math discrete hehehe....saling memahami & tolak ansur, dats very important kn....barulah blh jd mr & mrs right hehehe...mcm cite mr & mrs smith plak huhuhu....ok, renung2kan :)) 





DOA SEORANG KEKASIH


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala



Tak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai dirimu tak sehebat Sulaiman.

Usah diharap cinta sejujur Zulaikha,

Jika kasihmu tidak setulus Yusuf.







Thursday, June 9, 2011

Lelaki Pelindung Wanita

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!


Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

  • Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  • Menjadi teladan yang baik.
  • Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  • Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.."

(At-Tahrim, 66:6)

Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang 'benih' yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.

Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)




Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?

Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya. 'It takes two to tango'. Salah menyalahkan tidak akan menyelesaikan isu gejala sosial pada hari ini, malah akan menyebabkan kita hilang fokus untuk menyelesaikan masalah itu.

Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?


Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.



Wahai Adam,

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai wanita,

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.

Hatiku tersentuh

.....hye sume.....
......Assalammualaikum.....

Utk mengisi masa yg ada tgnku mencapai newspaper yg ada kat ats meja....hmmm, news pe ari nie erk...!!!tgnku menyelak satu persatu, Ekonomi????hmmm not interested but kna th jgk nie hehehe....xpe ler baca ler sket n th ada news yg trbaekkkkkk drpd goverment.....tgnku menyelak lg, sport????ari nie cite sal football smlm di antara kltn vs trgnu utk merebut PIALA FA 2011.pas2, Chong Wei & Lin Dan, pasal chelsea & SUKMA.....hmmmm,wah MEASAT GLOBAL SDN BHD ada satelit baru ler iaitu MEASAT-3b...suddenlly, mataku terpandang 1 artikel tajuk "Terpinggir angkara HIV/AIDS"....menarik prhatianku. so, utk kali ini aku memilih HIV/AIDS sbg mengisi blog aku hehehe..ok x???....of course korg th pe itu HIV/AIDS kn....penyakit yg smpai skrg xde pnawar. 

Human Immunodeficiency Virus (HIV)

HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.
* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.



Angkara penyakit nie, sume org pandang hina pada golongan yg menghidapi HIV/AIDS....ada yg dipinggir oleh family, frenz & org2 yg dorg sayangi. knp kita harus bersikap sedemikian?????tidakkah korg th mereka juga manusia seperti kita???Dorg pn xnk jd mcm 2...bkn dorg pinta utk jd begitu....anak2 kecil yg x th pe2 mendapat penyakit 2 drpd parents dorg. bkn slh dorg, tp knp kita harus pinggirkan dorg???semasa aku membaca, jatuh air mataku krn mengenangkan nasib mereka yg x berdosa, yg xth pe2, dipinggirkan.....apa lah penghujung hdp mereka????hanya ALLAH yg th...yg mengerti apa yg dorg rs....!!!!

Aku menulis bkn utk menyalahkan sesiapa, tp utk mengajak sume org di luar sana menyedari bahawa mereka x ptt di perlakukan sedemikian. jgnlah sesekali memandang hina, memaki hamun, membenci & tidak memberi peluang kpd mereka. Mereka perlukan kasih syg, dorongan, kekuatan utk hdup & melawan penyakit yg mereka tanggung. SEDARLAH ANDA d luar sana....!!!!!!



Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?

HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
  1. melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
  2. melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
  3. melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.


Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui
  • Pendermaan darah
  • Berjabat tangan dan berpelukan
  • Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
  • Berkongsi makanan dan perkakas dapur
  • Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
  • Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
  • Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
  • Menjaga seseorang yang positif-HIV
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?

Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV

Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?

Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.


pandanglah wajah mereka, mereka tidak bersalah.....



Terbaik Dari Ladang Hijau

Kalau ang rasa berani, cantik @ hensem..komen rr

Hubungan Blog 1 Dunia....Thank You so much :))

free counters