Plezz Leave Your Link..I'll follow u back ^_^

Friday, April 6, 2012

Kahwin @ Belajar

Assalammualaikum.....TING, TONG, TING TONG...


Hati berdebar disaat menulis entry nie hehe...mana tidaknyer, tajuk pun dah meremang bulu roma, dah macam duri landak..pe ke benda la tajuk entry aku kali nie..(*muda lagi kot, rilekss lu) hahaha...Ehh, yer ke ak tulis entry nie. YEZZZA, aku tulis entry nie coz aku rasa ini satu benda yg bermanfaat yg dapat aku share dengan anda diluar sana..


Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.
Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.
Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.
Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."
KAHWIN @ BELAJAR????hurmmm, interesting. Yang mana satu erk :)) 
Untuk pengetahuan semua, baru2 nie UNITEN ada menganjurkan 1 program yg dipanggil "SEMBANG SISWA (SEMSIS)"...Tajuk pada malam tue, "KAHWIN SEMASA BELAJAR, SATU BEBANAN ATAU TIDAK"...sambutan???? Wahhh memang tidak disangka, ramai yg datang pada malam tue...Hampir 2 ratus lebih orang yg datang pada malam tue hehehhe...(*aku salah sorg ajk semsis pada malam tue hahahaha)...banyak manfaat & pandangan yg aku rasa sangat2 berguna, untuk dikongsi bersama..Aku tabik spring la kat salah seorang g ahli panel pada malam tue, iaitu DR HANIM...beliau kahwin pada umur 21 years old..and at the same time she is a student, study kat US.


Beliau berkata, cerita cinta mereka seperti dalam filem "ayat ayat cinta"...(*fullllllaaakkkkkkkkkkk)....hehe.

Hah, kebetulan......selepas program semsis tamat. Pada malam keeseokkan nyer "SEMANIS KURMA" kat tv9 ada juga membincangkan tajuk yg sama huhu..(*mood : rasa bangga dan terharu)...tajuk pada malam tue "KAHWIN @ BELAJAR" (episod 14)..sama jer kan tajuk nyer...:))) Actly, aku dah pergi kursus kahwin hehehe..saja isi masa yg ada semsa cuti semester yg lepas huhuhu....semua datang ngan pasangan and mostly ramai yg pergi coz depa nak kahwin haha...Arghhhhhhhhh hehehe....aku jer saja gatai nak pi ambik kursus tue..(*tapi pe salahnyer kan huhu)




Yup, sangat2 menarik...aku syorkan korg patut arrrr tahu...tak semestinyer untuk yg nak @ ada planning kahwin semasa belajar jer dengar kan...orang yg x kahwin pun leh dengar jugak kan..macam aku :))) (*teringat FARAH LEE & ALLY ISKANDAR hehehe)...antara benua, jauh
tueeeeeeeeeee)...Aku pun rasa aura nak kahwin hahaha....boleh tak??? hehehe


For readers, apa tunggu lagi hahahaha...ok la sume....muahhh ..
Renung2kan & selamat beramal...


Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.
Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.
Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.
Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."


KAHWIN @ BELAJAR???? Kedua-dua nyer  ibadah :))



Tuesday, March 6, 2012

Tips Kecantikan A.Y.H >> Makeup?


Assalammualaikum, Hye....pa habaq?....Al-kisah 1001 malam nie, aku nak share ngan korg2 di luar sana cam mana nak conteng muka korg yang dah cantik, and nak bagi penyedap rasa kelazatan masakan makeup anda..kalau selalu masak ala kadar jer, pe kata skali skala masak special sket hehehe...selalu dok tempet cream ngan bedak sejuk jer. Jom make over bersama A.Y.H :))....lagak gaya macam makeup artist, berjalan megah tiba-tiba tersepak batu..hehehe..Okey2, jangan buang masa lagi..Yeayyyyyy, jom main conteng2 mural kat muka. Tanpa segan silu, jom kita make over.....

Soalan 1 yg korg akan tanya > Apa yang perlu ada?? 
Mai sini AYH nak habaq...

Strobe Cream (from MAC)
Foundation (cream,liquid or stick)-- depends on your skin ok!!!
Loose & Compact Powder
Mist & Fix  
Eyeshadow Palette
Lipstick & Lip Gloss
Eyeliner (Gel/pencil/liquid) 
Eyebrow Pencil (Brown)
Girl Boy (from MAC)----nak bagi kening korg cam color coklat2 gitu :))
Set Brushes (Apa2 brand pun bleh)


(*AYH guna   berus nie, from MAC)

Setelah semua ada, jom mulakan kawan2...Let's Fun...

1) Sapukan strobe cream pada keseluruhan muka anda, kalau sape2 yang tak pakai tudung (freehair) sapu sampai ke leher yer...bagi rata tau..kalau tak rata nanti nampak cam kuih tepung pelita kat pasar malam plak....


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2) Sapukan foundation kat muka *nak guna span pun tak pe, berus pun tak pe, pastikan guna berus besar & kasar (stippling brush)....macam pic nie yer ladies and gentlemen...ahaks...



*berus untuk foundation kat hujung color putih macam nie / stippling brush---->>>>>


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3) Then, masa untuk sapukan compact powder pada seluruh wajah anda yg cantik dan gebu :)), guna brush yg besar dan lembut......After that, Loose powder (*better guna sume cara with brushes hehehe )..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4) Time to eyeshadow...yeayyyyyyy!!!!!! Before korg nak letak eyeshadow kat mata korg yang menggoda. Mata memainkan peranan yang penting tau...letak dulu loose powder bawah mata (*untuk mengelakkan kesan kotor & senang untuk sapu if ada kesalahan masa letakkan eyeshadow)....macam pic nie.......


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5) So far, ok tak???chaiyok2.....move the next step...ok, untuk eyeshadow mula2 korg sapukan kat seluruh kelopak mata dengan light color..such as white, light yellow or color yang korg rasa light...untuk kali ni AYH, guna light yellow...ini sebagai base la kata orang...hehehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6) Then, untuk kesan smokey eyes makeup..after sapu light color tadi korg letak kan sedikit eyeliner (gel) pada hujung kelopak mata...sedikit saja, then korg ambik eyeshadow color black. letakkan atas eyeliner gel tadi, then korg meri/tarikkan ye sampai ke kening...but, jangan melebihi hujung kening...macam kita mewarna...macam pic nie....


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7) Hah, then korg ambik eyeshadow color gelap (dark color) sapu pada depan kelopak mata. Contoh color dark green..Apa2 jer color yang korg suka..LEPAS korg sapu dark green tadi, korg sapu plak color Dark blue pada tengah2 kelopak mata. Contoh AYH, dark blue...(*eyeshadow tak boleh lebih daripada 3 color, kurang tak pe)...dark blue tadi korg gabungkan ngan dark green tadi. Jangan sampai nampak line cam bahagi dua plak....nanti nampak tak cantik & palsu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8) Color dark green tadi, korg sapu plak pada bawah kelopak mata...dark blue tadi pun boleh...sapu macam kita pakai eyeliner bawah mata.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9) After that, letak kan eyeliner pada atas mata & bawah mata......nak wat bunga2 pun boleh...:))

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10) Kalau korg nak pakai false eyelashes plak, firstly korg ukur dulu false eyelashes ngan size mata...(*kalau lebih cut sket bagi sama ngan ukuran mata anda)...then, sapukan gam pada false eyelashes & lekatkan pada mata..kalau rasa tak selesa and rasa cam ada benda cucuk2 pada depan mata, that mean korg letak terlebih letak or size tak sama. If korg rasa macam tue, tanggalkan eyelashes tadi & betulkan position sampai korg rasa dah okey..!!!!Jeng, jeng, jeng..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

11) Lepas dah lekatkan fake eyebrow, letak plak mascara skali ngan fake eyebrow.....ejas bagi nampak natural :))...jangan sampai terjatuh plak hehehe...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12) OK, untuk bentuk kening plak....korg ratakan dulu kening dengan berus khas untuk kening....then, lukis kening start dari tengah hingga hujung kening..kat hujung korg panjangkan sedikt bagi nampak tajam dengan menggunkan eyebrow pencil color brown...macam pic nie....



* Ne brush untuk ratakan kening

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13) Sapukan girl boy from MAC pada kening....sape2 yg tak tahu girl boy, ni hah girl boy..sapu macam korg ratakan kening tadi.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

14) Then ambik blusher sapukan start dari hujung telinga turun ke pipi dengan gerakan membulat, then ke atas balik..ulang sampai korg rasa ok...(*balancekan blusher pipi kanan & kiri, jangan sampai merah sangat macam kena tumbuk/pukul hehehe)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15) After that, untuk shading plak, mulakan / sapu menggunakan brush khas untuk shading start dari hujung kening sampai hidung. Aku syorkan MAC Shading (medium)...macam pic nie...


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

16) Finally, sapukan lip gloss pada bibir...then, sapukan lipstik....Ambik compact powder tadi dengan menggunakan berus then sapu pada dahi, bawah mata, bawah korg sapu blusher tadi and dagu...THEN, semburkan dengan mist & fix untuk bagi makeup tahan lama....sape yg tak tahu. Ni hah mix & fix...



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----->>> yang ni AYH ajar cara smokey eyes makeup, sesuai untuk wedding or event. kalau untuk makeup harian, korg apply benda yang sama juga...tapi guna eyeshadow yang berwarna tanah seperti brown, light pink..dalam erti kata color yang korg rasa tak keterlaluan/over....and korg boleh kurangkan eyeshadow dari 3 color kepada 1 or 2 color saja.

----->>> makeup biar sesuai ngan majlis yang dihadiri, jangan nak pergi ofis tapi makeup macam nak pergi zoo hehehe...kan tak pasal jadi bahan gossip..

----->>> Untuk nampak kan kening anda lembap (pada hari biasa without makeup) sapukan sedikit lip balm pada kening...kening korg akan teratur & tersusun cantikkkkkkkk jerr :))


DONE!!!!!HASILNYER......





posmen karat : nak wat tutorial dalam youtube malu kihkihkih :)))
Thankss coz sudi baca, sape2 ada soalan boleh bertanya....
SELAMAT MENCUBA!!!!YOU CAN DO IT.....




---->>>>> For the next tips, waitttt...see you soon..







Thursday, March 1, 2012

Tips Kecantikan A.Y.H >> Mau Cantik?




HyE, everyone....Lately nie, tak sempat nak update blog yang dah macam tempat burung layang-layang wat sarang. Sekarang pun ada masa curi sket2 untuk tulis entry. OK!!!! By the way, aku sering ditanya macam mana aku nie jaga muka, apa aku pakai and etc...(*blurrr) coz i'm not a  beauty princess or buka SPA ke pe kan..aku bukan lah pandai sangat dalam bab2 macam nie hahaha...But, i try to give the best tips for u guys hehehe...

Ok, macam mana aku jaga muka erk...???let me think first apa routine aku wat everyday..Hah, untuk pastikan muka korg kurang naik pimple and blackhead..tak dak gunung-ganang cam volcano yg menanti hari untuk meletup & meluahkan laharnyer...

Firstly, makesure korg cuci muka after kuar seharian & makeup...if u all pakai makeup, makesure sume makeup yg melekat dan bertempet  kat muka dicuci dulu before korg nak cuci muka dengan gentle cleansing form. For makeup, aku suggest korg cuci guna makeup remover or minyak such as johnson baby or zaitun..Coz this oil can remove your makeup gently and make your skin softly sayangggg :))

After, korg cuci ngan makeup remover & oil tadi. Korg cuci keseluruhan muka dengan Deep Cleansing Milk. Aku suggest Deep Cleansing Milk (Pine Pollen) from Bio-essence. It cleanses the skin gently and effectively removes all traces of makeup and impurities without stripping the skin of its natural moisture levels. This gentle formula makes it safe for use on your eye, face and neck area, leaving skin soft and clean after use, without any feeling of greasiness. Ia boleh hilangkan blackhead & blackwhite...Perghhhhhhhhhhh....suka kan hehehe...


WHY????, Because Bio-Essence Deep Cleansing Milk (with Pine Pollen) is enriched with Pine Pollen, Ginseng, Aloe Vera and Cucumber extract to cleanse the skin throughly and gently. Then, sesuai untuk sume jenis kulit. Ada vitamin A, C & E. You should try this.


Then baru korg cuci muka Gentle Cleansing Form ok!!!! Hah, before tidoq jangan lupa cuci muka tau...pastikan muka korg boleh bernafas dgn baik yer. Seperti kita dapat menghirup udara yg segar bugar yer ladies & gentlemen..JANGAN TIDO DGN MUKA YANG MASIH ADA MAKEUP!!!And kalau korg nak tahu, at the same time i am use 3 skin cleaners secara bergilir-gilir. Sape2 yg sensitive skin jangan tiru aksi ini. DANGEROUS!!!!!  Kalau perlu pakai night cream, korg pakai la..hehehe... Tapi aku malas pakai night cream hahahaha....

Ok2, move the next session hehehehe....(*bila masa plak aku tukar course nie*).  Before nak pakai sunblock, korg pakai dulu toner. Toner (Bright white clarifying softener) from Bio-Essence memang terbaikkkkkk......Sebab apa aku cakap terbaik, sebab bila korg tenyeh toner nie ngan kapas kat korg punyer muka. korg akan rasa kelembapannyer (*suka tahap nak naik roller coster)....hehehe...and kalau korg tenyeh lagi kat muka korg, sume daki2 kat muka korg akan kuar and nampak kat kapas tue..try la kalau nak tahu. Secondly, masa korg nak kuar gi jalan2 ke, nak kuar riuh-rendah celebrate besday mak cik senah ke, makan ketam besaq ke or watever la kan...If waktu siang, korg pakai sunblock tau. For those, yg muka cepat sangat burn, makesure guna. Maklum lah kt malaysia nie cuaca panas terik. Mesti korg tak nak muka korg ada line sebelah cerah, sebelah malam hehehe....kalau korg nak ada tag line pun boleh. Kalau waktu malam, tak payah la pakai, aku x pakai pun hehehe.....



1 minggu sekali, korg manjakan muka korg dengan mask...ala-ala spa gitu hehehe....kalau korg lagi rajin, 1 minggu 2x pun ok jugak. Beli mask yg dah siap pun boleh. Sekarang macam2 ada hehehe...buy 1, free 1..more lovely kihkih...Nak2 time sales kan, korg borong jer banyak2. Selain itu, aku juga amal amalan tradisional kihkihkih.....Sape kata amalan tradisonal kolot, eh tak lah....ok jer aku amal :))

Aku rasa dah cukup kot, tips yang aku bagi so far....IMPORTANT!!!! CHOOSE THE RIGHT PRODUCT FOR YOUR SKIN.. Selamat mencuba....A.Y.H


----->>> Next tips cam mana nak makeup...see u soon :)))








Monday, February 20, 2012

Biar Sampai ke Bintang

Assalammualaikum :)
Just nak share ngan korg, lagu nie membawa makna yang mendalam dalam jiwa aku...not about love, but about my life....I'm always thinking, something could be happend in my life. kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" kan...so secara tak langsung, this song give me more inspiration to grow up as well....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Wednesday, February 15, 2012

Hati Senja Gundah

Tak siapa tahu isi hati kita..Tak siapa tahu apa yang bermain di fikiran kita..Tak siapa tahu apa yang akan berlaku kepada kita...right?....Kenapa Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan. Jawapannyer Allah sayangkan kita, Allah sayangkan hambanyer.Allah nak tgk sejauh mana kesabaran, ketabahan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Tetapi Allah tidak akan meguji hambaNya lebih daripada kemampuan hambaNya. Jangan disalah ertikan apa yang terjadi. Percayalah pada qada dan qadar..

Kita hanya manusia biasa, hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan..sayu hati bila aku mengingatkan kembali apa yang terjadi. Mengenangkan kembali sejarah dulu, (*sambil mendengar lagu new boyz masa zaman dorg muda2 dl hehehe...meraung*)...pernah tak dengar lagu tue???? So, in curly bracket {tanda soal } kemana kaki mahu melangkah?? to west, east, north or south??? Hati gundah gulana since a few days nie...Why like that?why like this? What wrong? kepala otak pun dah macam aku ni sorg ahli pahlawan, meletup dalam kepala macam nak cari strategi untuk berperang..."Fight for you love" and "Fight for you right". 

Kemana cinta pergi??? cinta tak pergi ke mana2. Cinta ada dalam hati kita...Cinta pada manusia akan mati. Tetapi cinta pada Allah kekal abadi..(*pernah dengar pepatah ini)...? 

Teringat plak aku kisah "Gemersik kalbu"...touching giler tengok akasia tue...perasaan benci menjadi cinta hehehe..lastly, hepy ending.....

Berbalik kepada kepala serabut macam roti jala kat pasar malam (*lapaq roti jala mak)....bila kita kenal orang tue baru kita tahu hati budi. Tak kenal maka tak cinta. Bukan suruh pi dok bercintan-cintun....(*lapaq plak maggi cinta)..maksudnyer kat sini, barulah kita dapat mengenali orang tue dengan lebih closely...ececeh....Tapi bila ada pertelingkahan macam cite storm rider, then kat sini lah barulah semua benda yang tersirat akan jelas and terang benderang macam sportlight kat warehouse..(*mana darat, mana laut)Masa nie barulah proses post moterm akan dilakukan.

sehinggalah, ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

satu persatu akan dinilai.......DONE...



posmen karat >>> saja nak tunjuk my new shoes hahahha...






Friday, February 10, 2012

Trends K-POP

Fuhhh...Korg pernah dengar K-POP??? of course, pernah kan...sekarang aku tengok dah jadi trend remaja ikut menyukai music, dressing ala-ala korea, kasut pun nak macam korea, makeup and macam2  lagi hehehe..Bukan remaja saja malah budak2 pun dah mula tahu K-POP..cayalah budak2 sekarang.Kalau zaman dulu macam "katak dibawah tempurung" but now, everything boleh jadi macam kata yg kita selalu dengar dunia dihujung jari.
Kalau aku berjalan2 di sopping mall pun banak yg ak dengar dorg pasang lagu korea..Anak saudara aku pun bukan main lagi, minat tahap cipan ngan K-POP..bukan saja music, but korean movie pun minat bagai tahap dewa ~ngeeee~.....




Aku pun mula2 dulu mana minat sgt K-POP pe bagai nie...langsung tak tahu, sehinggalah anak saudara aku mencetuskan fenomena dalam thumbdrive & laptop aku...aku try ler dengar best ke erk...Firstly, aku dengar boleh la..not bad!!!! 2nd day, best jugak...3rd day wooowwww awesome...gojes....artis K-POP yang setahu aku yang meniti dibibir setiap penggemar K-POP seperti superjunior, 2ne1, snsd (girl generation), ss501 and lagi..lagi & lagi hehehe...but, aku tak ler sampai sawan dengan K-POP nie...kalau yang terlebih ubat K-POP sampai ada jenis manusia yang konon2 nak cari awek/bf cam korean. Then dressing pun nak korea jugak..ishk2, memang sawan sungguh ler hehehe...




u know what, i love malaysian punyer music..sape lagi yang nak support our band & music, kalau bukan kita sebagai rakyat malaysia. Music malaysia pun ada kualiti jugak & boleh menembusi international award & music...such as yuna. Gua bangga ler beb, artis yang memakai hijab boleh sampai ke tahap yang membanggakan kita. Sape kata artis yang memakai hijab tidak boleh berjaya. kalau sape yang kata artis yang memakai hijab tak boleh sampai kemana...u r wrong...!!!!totally wrong!!!



My Empty Heart


I refused to believe that it could be so,
There's no way that I'm in love with you,
I lied to myself that it's just a petty jealousy,
That I must be feeling lonely, but I cannot hide it anymore.

I think I love you
But it must be so, cause I miss you
Without you,
I cannot do anything,
And you are always on my mind,
So seeing this, it must be,
I was unaware,
But now I can see that
Your presence have delved deeply into my heart.

We are not meant for each other, and being friends is the best thing for us,
There isn't a single thing we have in common,
So I claimed there's no way we can be lovers,
But I don't want to make excuses anymore.

I think I love you
But it must be so, cause I miss you
Without you,
I cannot do anything,
And you are always on my mind,
So seeing this, it must be,
I was unaware,
But now I can see that
Your presence have delved deeply into my heart.

Why didn't I know that it was you,
Why couldn't I see it when it was right in front of me,
It was beside me all along,
But only now can I see love.

I think I love you
But it must be so, cause I miss you
Without you,
I cannot do anything,
And you are always on my mind,
So seeing this, it must be,
I was unaware,
But now I can see that
Your presence have delved deeply into my heart.


" Life without love is like a tree without blossoms or fruit "
Khalil Gibran


Wednesday, February 1, 2012

BB1M :))

Hahahahaha.....Hyeeee!!!!
Yeayyyyy...Yeayyyy...dapat baucer buku 1Malaysia (BB1M) ari nie....Ramai giler datang ambik baucer ari nie kat DSS (Dewan Sri Sarjana, Uniten)..x terkecuali aku hehehe.....Esok nak dapat baucer, malam ni aku dah tak boleh tidoq...excited bagai nak naik ke bulan, macam angkasawan negara. THEN, tell the moon...ko ada????Dalam fikiran telah melayang2 memikirkan apa yg hendak dibeli...RM200 tue beb.Nak beli chicken chop, of course ler dah tak boleh kan..Nie bukan kupon hari sukan or hari kantin masa sekolah dulu2 ~ngeee~
 By the way, ape2 pun gunalah dengan bijak....thanksss!!!!!!syiookkk macam kera dapat bunga...


Pelajar beratur menunggu giliran untuk mengambil BB1M..Macam2 gelagat yg boleh dilihat hehehe...Al maklumlah baucer free kihkihkih....sape yg xnak kan..kan3???


Nie plak tempat beratur untuk DEGREE-COIT....aku beratur kat sini ler tadi...beratur ikut no kaunter yg telah ditetapkan oleh pihak universiti...Jeng...jeng...jeng...


Hahaha....yeayyyy, ini BB1M saya...jangan jual tau, nanti kena tangkap kang x pasal2 kena hehehehehe..ingat2 tau....pastkan no ic tertulis pada setiap helai baucer tau!!!!!!


Guna BB1M dengan cara yg betul yer kawan2...:)) Jangan wat searangan tau....

Monday, January 30, 2012

Tragedi Di Kampung Saya

Assalammualaikum...balik cuti semester baru2 nie, sungai kat kampung aku di kejutkan dgn tragedi seorang lelaki yg baru pulang dari Mesir telah jatuh sungai yg berhampiran. Kejadian nie berlaku pada 26 Januari 2012. Budak lelaki nie pulang bercuti di kampung, dan akan menamatkan study dlm masa 4 bulan lagi. Umur baru 20an. Menurut saksi, katanyer ye ternampak budak lelaki ni turun ke batu yg berada pada tebing sungai untuk mengambil wudhuk. Tiba2, ye tergelincir dan terus jatuh ke dalam sungai....Saksi kejadian mendengar laungan meminta tolong. Baru nak g tolong, tengok2 dah xde. 


usaha mencari sedang dilakukan.....

Hmm, usaha mencari giat dilakukan dgn pelbagai cara...Orang kampung turut membantu bomba dlm usaha menyelamat & mencari mangsa. Masa nie aku pun g tengok pe yg berlaku kat sungai....Dalam masa 2 hari jgk ler baru jumpa mayat budak lelaki nie. Tue pun setelah majlis bacaan yaasin diadakan di rumah mangsa oleh seorang ustaz. Termasuk kejadian nie, dah kali ke3 kejadian orang mati lemas kat sungai nie....2 tahun lepas, seorang budak darjah 6 meninggal dunia, lemas di sungai nie juga...SUNGAI BESAR KUALA MUDA...


sungai ini lah saksi kejadian...

Moral of the story, sentiasa lah kita mengingati Maha Pencipta..Allah S.W.T....Ajal maut, jodoh pertemuan sume di tangan Allah S.W.T. Dia tidak akan mengawalkan @ melewatkan walaupun sesaat...kepada family mangsa moga bersabar dgn dugaan Allah S.W.T...AL-FATIHAH...moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.InsyaAllah....

Makeup Class

HYE, sume....hepy chinese new year kepada yg menyambutnyer..tahun ni, tahun naga air hehehe...
I'm just want to share with u guys sal makeup class yg member  aku wat baru2 nie....nice & awesome :))
Aku pun join jgk hehehe...


nie member aku yg wat makeup class...jgn ngorat tau, dah jd wife org nie :))



Nie touch by AEN YONG HASHIM...this is my niece




Monday, January 2, 2012

Madu Lebah Tersayang

Dimulakan dgn Bismillah & Assalammualaikum......^_^

Menjelang Study or final exam, baru sume pakat nak mengelabah tak tentu arah kan???Korg mesti pernah rasa cam mana mengelabah huhuhu...For this entry, aku nak story tentang final exam kat Uniten hehehe...aku nak suka tengok gelagat student bila nak exam..macam2 aksi & gaya ada...yg malas jadi rajin, yg suka tidoq tak jadi nak tidoq...yg lapaq jadi kenyang, mandi tak basah tidoq tak lena....macam2 hal...kihkihkih....

By the way, aku nak wish gud luck & all the best sume....hopefully, everything ok yer..jgn nak stress sgt dowh..rileks2 sudah huhuhu...After this mesti ramai yg suka kannnn...coz semester break hehehe..ada org paling2 suka coz ada yg akan cuti sampai 4 bulan kannn...fuhhhh, style giler sape yg dapt cuti 4 bulan huhuhu..


Korg nak tahu, nie ler rupa student uniten kuar dari exam hall...nie baru sket kuar...macam lebah kuar dari sarang....uniten style kan????hehehehe..uniten pusaka tersayang (*lagu uniten) kihkihkih..............dah macam lebah keluar drpd sarang dah aku tgk...dgn bunyi bising dgn pelbagai gaya dan intonasi...dgn segala ketidakpuasan hati di luahkan, ada pula senyum tak perlu kata apa2 bak kata najwa mahiaddin...ala yg tomey2 tueeeeeeeeee....


" Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Senyum
Tak perlu kata apa-apa "


Aku snap pic nie, masa aku habis study kat library huhuhu...


Exam ari ni dah habis, jom g makan....then balik study plak..nie ler kan ayat bila time exam...kalau bukan time exam...jom balik, kita main ps ke...lepak2 ke...shopping hehehe....
(*suke gedikssss)

Disudahi dgn Alhamdulillah...

GOOD LUCK GUYS.......................................
From Blogger tak berhemah : Aen Yong Hashim (:

Sunday, January 1, 2012

I Wish You



HYE MY LOVELY..LOVELY..LOVELY....GADSKECILMOLEK.BLOGSPOT.COM


<3 ----> Just nak wish "HAPPY NEW YEAR 2012" utk sume hehehe....


<3 ----> Apa yg dah berlalu & berlaku pada tahun 2011 jadikan pengajaran....benda yg baik berlaku pada 2011 jgn di lupakn okeyyy!!!!


<3 ----> Sape2, yg azam pada tahun 2011 xtercapai or tak sempat nak buat..forward pada tahun ni yerr (*peace no war)


<3 ----> Moga azam tahun 2012 korg tercapai....MAY ALLAH BLESS YOU!!!!


<3 ----> Seriously, AYH xde azam baru pun hehehe....just follow kihkihkih (*wink)...


<3 ----> Jgn lupa bersyukur & mengingatiNya.....



sambutan tahun baru di Malaysia


sambutan tahun baru di Brazil


sambutan tahun baru di Rusia



posmen karat >> Tetapi jgn kita lupa bersyukur kerana kita masih di panjangkan umur dan masih dapat melihat dunia serta dalam keadaan aman dan damai








Terbaik Dari Ladang Hijau

Kalau ang rasa berani, cantik @ hensem..komen rr

Hubungan Blog 1 Dunia....Thank You so much :))

free counters