Plezz Leave Your Link..I'll follow u back ^_^

Sunday, March 6, 2011

Kecant!kan & wan!ta ibarat isi dengan kuku

peeeewwiiiiittt...hahaha...tetiba jer ada tajuk nie..!!!hurmm...kat sini sayer just nk kongsikan petua2 kecantikan yg sayer tahu jer...hehehe...


Petua Rawatan Mata

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
 
MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA

Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.


PETUA DAUN SIREH

JERAGAT

Buah pinang masak dikupas kulitnya dan dikacip isinya. Sapukan kacipan pinang tersebut pada kulit muka yang bertompok-tompok hitam. Lakukan dua kali sehari sehingga betul-betul pulih.

MASALAH HAID

Rebuskan sepuluh kuntum bunga cengkih, lima biji limau purut dan sepotong nanas batu. Amalkan minum air rebusan ini, suku gelas sebanyak dua kali sehari. Kedatangan haid akan teratur, hentikan setelah darah haid berhenti.
                    - Rebuskan 3 liter air, tiga biji limau purut, 11 kuntum bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk hingga mendidih. Minum airnya setelah dingin ketika tiba masa haid.
                    - Giling lumat sebuku ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam, bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading. Rebuskan ramuan tersebut sampai mendidih. Tapiskan air rebusan tersebut sebelum meminumnya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.

PETUA PENJAGAAN RAMBUT

KACANG HIJAU



1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh



2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

hah nie yg terkini hehehehe......

banyak lagi beb.....sayer rs ckup ler utk petua nie dl...hehehe...daaaaaaaaa (^_^)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Terbaik Dari Ladang Hijau

Kalau ang rasa berani, cantik @ hensem..komen rr

Hubungan Blog 1 Dunia....Thank You so much :))

free counters