Plezz Leave Your Link..I'll follow u back ^_^

Sunday, March 6, 2011

Geli Gusi...kihkihkih



PAK PANDIR & IKAN KELI

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.

Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?

Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.

Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air,

Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

Mak Andih: ???







GOSOK MATA


Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya

bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga

untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."

Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga: "Mata kamu pula?"

Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit,

lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas

menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.


Side A, Side B

Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa
berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit.

Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

DATANG BULAN

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan digambarkan keesokan harinya di sekolah. 

Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya.

Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya
" Datang Bulan. "

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap
datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba.

" Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan.

Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat
datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

 


No comments:

Post a Comment

Terbaik Dari Ladang Hijau

Kalau ang rasa berani, cantik @ hensem..komen rr

Hubungan Blog 1 Dunia....Thank You so much :))

free counters