Oraittt..hulalalalalala...Now, i want tu share with u guys cm mn nk plih or beli perfume yg suitable and nice foo u all. Just follow this instructions, u can feel better and different after this hehehehe....!!!!

PLEASE FOLLOW THIS TIPS :-
Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).  
CUBA. Anda mestilah mencuba terlebih dahulu bauan dari perfume  tersebut dalam masa sehari sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.  Kenapa? Wangian dari perfume biasanya berubah mengikut peredaran waktu.  Baunya akan berbeza selepas disembur dan selepas 2-4 jam selepas itu. 
Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette. 
Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda  memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan  tangan untuk mendapat pengesahan.
 JANGAN TIRU. Membeli perfume berdasarkan perfume yang digunakan  oleh kawan anda adalah tidak digalakkan. Mungkin bauannya di badan kawan  anda selesa dengan anda, tetapi tidak semestinya ianya serupa apabila  dipakai oleh anda sendiri. Ini kerana kimia dalam badan tubuh setiap  orang berbeza, dan ianya mempengaruhi wangian yang digunakan seseorang.  
Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak. 
MINYAK. Wangian yang digunakan pada kulit berminyak akan tahan  lebih lama berbanding digunakan pada kulit yang kering. Jadi orang yang  berkulit kering perlu menyemburnya sebanyak 2 kali untuk ketahanan bau  yang lebih lama.
Jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.

 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
No comments:
Post a Comment